Cari @ Amanz

Dalam memperkenalkan sistem operasi terbaru, Windows 7, Microsoft benar-benar berusaha untuk memberikan pengguna kawalan sepenuhnya ke atas sistem operasi mereka. Sehingga hari ini, dalam pembangunan Windows 7, Microsoft telah membuang pelbagai perkara yang tidak berguna dan menganggu pengguna, disamping mempermudahkan pengguna mengawal sistem mereka. Terbaru, mereka bakal memperkenalkan Windows 7 Action Center.


Action Center Pada Windows 7

Action Center merupakan lokasi utama untuk mengawal mesej mengenai sistem operasi Windows 7, disamping tempat untuk diagnosis dan menyelesaikan masalah berkaitan sistem komputer anda. Dengan kata mudah, anda boleh menganggap Action Center sebagai lokasi untuk melihat perkara-perkara yang perlu dilakukan dan perlu diberi perhatian untuk memaksimakan operasi dan prestasi sistem anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd