Live.com Kini Merupakan Laman Sosial

Live.com Kini Merupakan Laman Sosial

Diterbitkan pada November 14, 2008 oleh .

Hari ini, Microsoft melakukan perubahan terbesar pada laman Windows Live miliknya, dimana Microsoft telah mengubah laman Live.com kepada sebuah laman sosial, sekaligus mencabar beberapa laman sosial terkemuka seperti Facebook dan juga MySpace. Yahoo! pula masih dalam proses menaik-taraf laman mereka untuk turut sama menjadi laman sosial terbesar di internet. Dashboard profailnya telah diubah dimana kini para pengguna boleh memasukkan perkara kegemaran mereka seperti filem kegemaran, muzik kegemaran dan sebagainya.


Windows Live Baru Yang Ke Arah Laman Sosial [via]

Selain daripada itu, para pengguna juga turut boleh menambah akaun aktiviti web anda seperti Twitter, Yelp, Photobucket, serta RSS daripada laman yang menggunakan WordPress dan juga daripada beberapa laman sosial yang lain di internet.


Tambah Akaun-Akaun Sosial Anda Pada Windows Live [via]

Sebelum ini, laman Live.com berfungsi sebagai laman carian sama seperti Google, tetapi kurang mendapat sambutan yang mengalakkan daripada para pengguna. Kini, selain menjadi laman carian, ianya juga turut menjadi laman sosial. Ianya akan dilancarkan kepada semua pengguna tidak lama lagi. Untuk mula mencubanya, anda boleh ke home-beta.live.com.


TIPS & ULASAN