YouTube Mencuba Konsep Video Tajaan

YouTube Mencuba Konsep Video Tajaan

Diterbitkan pada November 15, 2008 oleh .

Dengan setiap hari ribuan video baru yang dimuat-naik ke laman YouTube, ianya mungkin agak sukar untuk video anda ditonton oleh pengunjung YouTube. Untuk mengatasi perkara ini, YouTube telah memperkenalkan Sponsored Videos.

Sponsored Videos adalah salah satu sistem pengiklanan yang mana membolehkan anda mempromosi video kepada para pengunjung laman YouTube dengan cara yang menarik, mudah, efektif dan dengan murah. Apabila pengunjung laman YouTube melakukan carian, YouTube akan memperlihatkan hasil-hasil carian yang relevan bersama-sama dengan video-video yang di taja (sponsored videos). Ianya dilabelkan sebagai Sponsored Videos dan dikira mengikut kos per klik.

Selepas sekian lama, akhirnya Google mencuba secara drastik untuk membuat duit melalui YouTube, dan ini merupakan salah satu cara yang mungkin akan menarik minat beberapa orang pengiklan. Sebelum ini, Google melalui YouTube pernah mencuba beberapa konsep pengiklanan termasuk iklan pada video dengan beberaa cara yang agak menarik.


TIPS & ULASAN