Windows Live SkyDrive Di Naik Taraf

Windows Live SkyDrive Di Naik Taraf

Diterbitkan pada November 15, 2008 oleh .

Microsoft hari ini mengumumkan mengenai peningkatan ruangan di SkyDrive yang mana kini ianya menawarkan ruangan sebanyak 25 Gb secara percuma kepada para penggunanya. Microsoft kini dalam usaha menaik-taraf perkhidmatan webnya yang mana dipanggil sebagai Wave 3 dan peningkatan ruangan pada SkyDrive merupakan salah satu agendanya selain daripada memperkenalkan laman Live sebagai laman sosial.


Fungsi Memuat-Naik Fail Pada Windows Live SkyDrive [via]

Selain daripada peningkatan ruangan percuma di SkyDrive, Microsoft juga telah menambah beberapa perkara menarik yang lain yang mana mempermudahkan lagi pengurusan fail di SkyDrive.

  • Muat-turun foto terus ke Windows Live Photo Gallery anda.
  • Muat-turun fail ataupun folder anda dalam format .zip.
  • Salin dan alihkan (copy & move) fail-fail di SkyDrive anda dengan mudah.
  • Selain daripada itu, SkyDrive juga kini menawarkan thumbnail yang lebih besar bagi fail imej, selain menyediakan khidmat mencetak gambar. Anda juga kini boleh memperlihatkan koleksi gambar dan imej di SkyDrive dalam bentuk slideshow tanpa pemasangan Silverlight. Tetapi tentunya lebih menarik dilihat dengan adanya Silverlight. Dan perkara menarik bagi pengguna tempatan adalah SkyDrive kini menyokong lebih 13 bahasa baru termasuk Bahasa Melayu.


    TIPS & ULASAN