Live Search Video Menerima Impak Wave 3

Live Search Video Menerima Impak Wave 3

Diterbitkan pada November 17, 2008 oleh .

Microsoft kini dalam proses memperkenalkan Wave 3 bagi Windows Live, dimana pelbagai perubahan dilakukan dan pelbagai fungsi yang baru diperkenalkan pada aplikasi dalam taliannya – Windows Live. Hari ini, Microsoft memperkenalkan antaramuka yang baru bersama-sama beberapa fungsi yang baru untuk Live Search Video miliknya.


Live Search Video Yang Lama


Antaramuka Laman LiveSearch Video Yang Terbaru

Melalui Live Search Video yang baru, kini anda mempunyai pelbagai pilihan untuk menonton video selain mempermudahkan anda mencari video samaada video muzik, berita, episod TV dan sebagainya. Selain daripada itu, laman utama Live Search Video juga menyediakan koleksi video mengikut kategori mengikut tontonan terbanyak dan yang diminati oleh para pengguna.

Untuk melihat laman Live Search Video yang baru, anda hanya perlu menukar lokasi negara kepada US dan anda sudah dapat melihatnya. Secara asasnya, IP negara kita dicam sebagai dari Malaysia, dan diperlihatkan Live Search Video versi lama.


TIPS & ULASAN