Cari @ Amanz

Microsoft hari ini mengumumkan bahawa mereka tidak lagi akan menyambung pembangunan Windows Live OneCare (#) bermula dari 2009. Sebaliknya Microsoft akan menyediakan satu perisian ringan yang diberikan nama Morro. Morro adalah nama kod bagi aplikasi untuk menentang malware daripada menjangkiti komputer anda, dan akan melindungi komputer anda sepenuhnya daripada gangguan malware.


Antaramuka Windows Live OneCare [via]

Windows Live Care kini menyediakan perlindungan daripada malware, backup, dan juga firewall yang mana memerlukan para pengguna membayar USD$ 30 untuk kegunaan 3 mesin. Windows Live Care akan mula dihentikan jualannya mulai Jun 2009. Morro yang dijangka dikeluarkan pada akhir tahun 2009 akan diberikan secara percuma kepada para pengguna.

Aplikasi Morro ini dijangka menemui para pengguna pada akhir 2009 dan boleh digunakan pada platform Windows 7, Vista, dan XP. Sebelum ini, Microsoft telah mengumumkan bahawa Windows 7 dijangka dikeluarkan pada akhir tahun 2009 juga.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd