Carian
Pembangunan Silverlight 3.0 Sudah di Mulakan
November 19, 2008 Aman

Tidak sampai beberapa bulan pun sejak melancarkan Silverlight 2, kini pihak Microsoft sudah pun mula membangunkan Silverlight 3. Silverlight 3 dijangka akan menyertakan beberapa sokongan media termasuk H.264, peningkatan grafik termasuk sokongan 3D dan GPU Harware Acceleration, termasuk peningkatan sokongan pembangunan aplikasi. Beberapa perkara lain yang menarik lagi dijangka akan diumumkan dari masa ke semasa.


Contoh Penggunaan Data-Binding Pada Visual Studio [via]

Selain daripada itu, tahun hadapan, Visual Studio dan juga Visual Web Developer Express akan menyokong sepenuhnya perekabentuk interaktif Silverlight (interactive designer for Silverlight) dan sokongan data-binding.

Antara laman yang menggunakan Silverlight 2.0 adalah SmoothHD milik Akamai, AOL Mail, dan juga aplikasi hubungan video milik Microsoft sendiri.

Komen