Widget Advertlets TITAN Di Lancarkan

Widget Advertlets TITAN Di Lancarkan

Diterbitkan pada July 5, 2008 oleh .

Widget Advertlets Titan Dilancarkan

Setelah beberapa bulan memperkenalkan program istimewa bagi para pengguna Advertlets – Advertlets TITAN, kini mereka memperkenalkan widget khas untuk Advertlets TITAN. Malah terdapat beberapa orang pengguna yang telah terpilih untuk menggunakannya sebelum ini.

Buat masa ini, semua pengguna Advertlets dapat melihatnya pada unit iklan masing-masing yang mana ianya silih berganti dengan iklan. Walaubagaimanapun, pihak Advertlets dalam perancangan hendak mengeluarkan kod khas untuk para pengguna yang berminat menggunakannya.

Widget Advertlets TITAN ini akan menunjukkan beberapa blogger Advertlets disamping beberapa berita berkenaan dengan perkembangan terkini Advertlets, gathering, peraduan dan sebagainya. Selain daripada itu, pihak penaja juga boleh memasukkan iklan mereka di dalamnya dan diperlihatkan kepada orang ramai.

Sekiranya anda merupakan pengguna Advertlets yang telah diberi pangkat TITAN, anda kini boleh menghubungi pihak Advertlets dan menyertakan blog anda untuk disertakan dalam widget ini. Dengan berbuat demikian, anda boleh mendapat pengunjung dan pembaca baru ke blog anda.


TIPS & ULASAN