Google Memperkenalkan Tema Untuk GMail

Google Memperkenalkan Tema Untuk GMail

Diterbitkan pada November 20, 2008 oleh .

Sebelum ini, terdapat beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan rekabentuk asal GMail, dan menyediakan beberapa cara untuk mengubah rekabentuk GMail mengikut citarasa seseorang pengguna itu. Menyedari perkara itu, hari ini Google memperkenalkan lebih 30 tema khas untuk GMail.


Beberapa Tema GMail Yang DiPerkenalkan Google

Untuk mula menggunakan tema-tema ini, anda hanya perlu ke tab Themes dibawah Settings, dan memilih tema kesukaan anda. Walaubagaimanpun, mungkin terdapat beberapa pengguna yang masih tidak dapat melihat pilihan ini, kerana pihak GMail masih belum mengaktifkannya kesemua akaun. Ianya mungkin mengambil masa beberapa hari untuk mula digunakan.


TIPS & ULASAN