Google Menamatkan Lively

Google Menamatkan Lively

Diterbitkan pada November 20, 2008 oleh .

Pada bulan Julai yang lalu, Google melancarkan Lively, salah satu persekitaran maya yang diwujudkan oleh Google, sama seperti instant messaging dan juga dunia maya – Second Life. Melalui Lively, Google membolehkan para pengguna berinteraksi antara satu sama lain mengikut citarasa tersendiri.

Google Lively

Namun begitu, hari ini Google mengambil keputusan untuk menghentikan Lively dan terus memfokuskan kepada fungsi carian, pengiklanan dan aplikasi dalam talian. Ianya akan dihentikan mulai bulan Disember ini, dan semua pekerjanya akan diserap ke suatu projek yang lain.

Sebelum ini, Google telah menamatkan fungsi Page Creator, dan para penggunanya diserap ke Google Sites. Namun untuk Lively, Google masih belum memberitahu ke mana pengguna sedia ada akan diserap. Mungkin, dengan fungsi video pada GMail, Lively sudah tidak lagi diminati untuk digunakan oleh pengguna Google.


TIPS & ULASAN