Microsoft sebelum ini telah menjanjikan prestasi dan pembangunan yang drastik akan dilakukan pada Windows 7 yang bakal menemui para pengguna pada akhir tahun 2009. Kali ini, mereka juga mengumumkan bahawa Windows 7 bakal menggunakan ruangan hard-disk yang lebih sedikit berbanding dengan Windows Vista.
Desktop Windows 7 [via]
Perkara ini adalah kerana Microsoft inginkan para pengguna netbook (mini-notebook) dapat menggunakan Windows 7 pada netbook masing-masing, disamping mengurangkan penggunaan Linux pada netbook. Pada masa kini, kebanyakkan netbook didatangkan dengan ruangan SSD sebanyak 16 Gb, yang mana sudah tentunya boleh dinaik-taraf. Microsoft merancang agar para pengguna dapat menggunakan sebuah sistem operasi yang amat stabil pada ruangan sebanyak 16 Gb. Melalui Windows 7 versi pre-beta yang diedarkan oleh Microsoft, pemasangan Windows 7 mengambil ruangan lebih 6 Gb, yang mana lebih kurang sama seperti Windows Vista.
Nampaknya kini, Microsoft berusaha keras untuk mengantikan Vista dengan sebuah sistem operasi yang lebih baik. Daripada pengurangan penggunaan ruangan hard-disk, sehingga masa boot yang dipertingkatkan, semuanya dilakukan pada sistem operasi Windows 7 yang bakal menemui pengguna pada akhir tahun 2009.