Cari @ Amanz

Mungkin ramai yang tertanya-tanya alternatif bagi Adobe Photoshop yang harganya beribu-ribu. Ada yang mungkin pernah memakai Gimp tetapi tidak berapa menyukai antaramukanya yang mungkin sedikit sukar bagi pengguna baru.

GimpShop StartUp
Imej Yang Di Pertontonkan GimpShop Ketika Loading

Disebabkan ini, para pencinta sumber terbuka telah mengubah beberapa perkara di dalam GIMP agar ianya menyerupai Photoshop dan mengeluarkannya dengan nama GimpShop.

Antaramuka GimpShop
Antaramuka GimpShop

GimpShop dahulunya dibangunkan khas untuk pengguna Mac OS X yang dikenali sebagai Universal Binary dan memerlukan X11.app untuk menggunakannya. Apa yang lainnya Gimp dan GimpShop ialah menunya yang mana dinamakan berdasarkan kepada Adobe Photoshop dan juga tetingkap background bewarna kelabu yang tidak terdapat dalam Gimp.

Untuk anda yang masih ragu-ragu untuk menggunakan GimpShop, berikut merupakan beberapa perbandingan antaramuka antara GimpShop dan juga Adobe Photoshop.

GimpShop - Tab Fail
Perbandingan Tab File Antara GimpShop dan Adobe Photoshop


Perbandingan Tab Layer Antara GimpShop dan Adobe Photoshop

Tab Filter Pada GimpShop
Perbandingan Tab Filter Antara GimpShop dan Adobe Photoshop

Walaupun ianya merupakan perisian berlainan dengan Photoshop, anda masih boleh menyimpan fail yang anda telah edit dalam bentuk *PSD (PhotoShop Document). Untuk mencubanya, anda boleh memuat turun perisian ini secara percuma.

Option Simpan Pada GimpShop
Option Simpan Pada GimpShop

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd