Windows Live Sync Gantikan FolderShare

Windows Live Sync Gantikan FolderShare

Diterbitkan pada November 23, 2008 oleh .

Selepas pengumuman ingin mengantikan Windows Live OneCare dengan Morro, kini Microsoft mengumumkan ianya bakal mengantikan FolderShare dengan Windows Live Sync. Microsoft mengatakan bahawa Windows Live Sync ini adalah lebih kepada FolderShare 2.0.


Logo Windows Live FolderShare

Antara perkara baru yang bakal diperkenalkan melalui Windows Live Sync adalah;

  • Menyokong lebih fail dan folder.
  • Integrasi dengan Windows Live ID, dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran tambahan.
  • Integrasi lengkap dengan Recyle Bin.
  • Client baru untuk platform Mac dan platform Windows.
  • Windows Live Sync dijangka akan menemui para pengguna pada bulan Disember tahun ini, sekaligus mengantikan sepenuhnya FolderShare. Bagi para pengguna yang menggunakan FolderShare, terdapat beberapa perkara yang patut anda lakukan sebelum FolderShare ditutup pada akhir tahun ini. Windows Live Sync akan gagal untuk membina semula Shared Libraries anda daripada FolderShare. Jadi, anda diminta untuk membuat salinan Shared Libraries sebelum ianya ditamatkan.


    TIPS & ULASAN