Microsoft dilihat bakal menjenamakan semula laman Windows Live mereka dalam beberapa bulan lagi. Sebelum ini, mereka dilihat sebagai mencari beberapa nama untuk mengantikan Windows Live, dan kini ada ura-ura mengatakan yang ianya adalah Kumo.com. Kumo dijangka bakal mengantikan jenama Live yang diguna pakai Microsoft sekarang bagi perkhidmatan dalam taliannya.
Ini mungkin kerana nama Windows Live dianggap tidak begitu relevan dan juga sedikit panjang untuk disebut. Sekiranya Google menamakan perkhidmatannya seperti Google Docs, Google Apps dan sebagainya, Microsoft pula menggunakan penjenamaan seperti Windows Live Sync, Windows Live Search dan sebagainya yang mana terdiri daripada tiga perkataan, dan sering terdiri daripada jenama Windows yang mana sememangnya terkenal dengan sistem operasi mereka.
Sebelum ini, Microsoft turut memperkenalkan laman Live sebagai laman sosial sekaligus meletakkan diri mereka dalam saingan bersama Yahoo! yang turut dalam proses mengubah laman mereka menjadi laman sosial.