Cari @ Amanz

Setelah gagal dengan Need For Speed Prostreet, kini pihak pembangun Need for Speed, kembali kepada bentuk permainan asas melalui Need For Speed Undercover, dimana terdapatnya perkara utama tarikan permainan Need For Speed iaitu polis dan aksi kejar-mengejar. Permainan terbaru daripada EA Games ini baru sahaja dikeluarkan mereka pada tanggal 18 November, dan mungkin akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.


Need For Speed Undercover – Aksi Kejar Mengejar

Sepertimana tajuknya, melalui permainan Need For Speed Undercover ini, pemain bakal menjadi polis yang mana perlu menyamar sebagai pelumba kereta dan mendapatkan maklumat berkenaan dunia lumba haram. Sepanjang permainan, pemain perlu berlumba dengan beberapa pelumba handalan dunia lumba haram, disamping membuat beberapa tugasan tambahan seperti mencuri kereta polis, melarikan diri daripada polis dan sebagainya.


Need For Speed Undercover – Di Bandar

Selain daripada itu, perlumbaan sprint dan juga circuit kembali semula dalam Undercover. Sebelum ini, sprint dan circuit tidak dimasukkan sekali kedalam Prostreet, yang mana lebih kepada lumba halal, dan tidak berjaya menambat hati para pemainnya. Beberapa perlumbaan yang terdapat pada Need For Speed Undercover adalah:

  • Sprint dan Circuit. Perkara asas kepada francais permainan NFS, dimana dalam circuit, pemain akan mengulangi suatu jalan untuk beberapa lap, manakala hanya sekali sahaja dalam sprint.
  • Highway Battle. Dalam perlumbaan lebuh raya ini, pemain perlu meninggalkan pihak lawan dibelakang untuk beberapa jangka masa, ataupun mendahului mereka sekurang-kurangnya 1000 kaki untuk menang.
  • Escape. Larikan diri dan sembunyi daripada polis.
  • Chasedown. Anda selaku polis, perlu kejar beberapa pelumba haram dan penjenayah.
  • Checkpoint. Pemain perlu tiba disesuatu checkpoint dalam jangka masa yang ditetapkan.
  • …dan beberapa bentuk perlumbaan menarik yang lain.

  • Need For Speed Undercover – Aksi di Bandar

    Para pengkritik permainan memberikan purata 66% bagi permainan ini, yang mana dikeluarkan untuk platform Windows, Wii, PS2, PS3, dan Xbox 360. Walaubagaimanapun, versi PC menerima purata 7.0 markah daripada 10 yang mana lebih seronok memainkannya menggunakan PC berbanding Xbox 360 yang menerima skor paling rendah. Need For Speed Undercover turut menyokong permainan dalam perlumbaan dalam talian bersama pemain yang lain.

    © 2024 Amanz Media Sdn Bhd