Cari @ Amanz

Hari ini, Google memperkenalkan StreetView ke dalam Google Maps, sekaligus menjadikan kedua-dua fungsi ini digunakan dengan mudah serta memperlihatkan fungsi yang amat menarik. Mereka juga memperkenalkan maskot mereka, iaitu Pegman, yang mana boleh di tarik (drag) dan diletakkan pada atas Google Maps.


Pengenalan Pegman dan Fungsi Drag & Drop

Untuk memperlihatkan Google Streetview pada Google Maps, anda hanya perlu meletakkan Pegman pada lokasi yang anda ingin lihat dengan lebih dekat di Google Maps, dan lokasi tersebut akan dizoom dalam bentuk Google Streetview dan diperlihatkan kepada anda.


StreetView Pada Google Maps

Selain daripada itu, anda juga boleh membahagikan skrin kepada dua bahagian, dimana bahagian atas memperlihatkan Streetview dan bawah pula Maps, yang mana menunjukkan anda dengan lebih mudah laluan kesesebuah lokasi dengan lebih dekat lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd