Windows 8 Hanya Untuk 64-bit?

Windows 8 Hanya Untuk 64-bit?

Diterbitkan pada November 26, 2008 oleh .

Walaupun sistem operasi terbaru dari Microsoft, Windows 7 dikeluarkan lagi, pihak pembangun Windows sudah memulakan langkah pertama pembangunan untuk versi seterusnya yang mana dijangka akan dikeluarkan pada tahun 2011, iaitu, 2 tahun selepas Windows 7.

Sistem operasi seterusnya ini dijangka akan lebih cenderung kepada sistem 64-bit, kerana ianya sudah mula digunakan oleh ramai pengguna pada masa sekarang. Windows 7 dijangka akan dikeluarkan dalam dua versi, iaitu versi 32-bit dan juga 64-bit.

Melalui satu survey yang dijalankan oleh pihak Microsoft, beberapa soalan ditanyakan kepada para pembangun mengenai bagaimana mereka akan membangunkan aplikasi mereka untuk pengguna pada tahun 2011. Adakah mereka akan membangunkan untuk versi 32-bit dan juga 64-bit ataupun hanya untuk 64-bit sahaja.


Salah Satu Soalan Yang Di Soal Pada Survery

Walaupun pada survey tersebut tidak dinyatakan langsung mengenai kegunaan survey tersebut untuk sistem operasi yang mana, tetapi tahun 2011, yang mana menunjukkan dua tahun selepas tarikh keluaran Windows 7 memperlihatkan ianya adalah untuk Windows 8 ataupun apa sahaja nama yang bakal diperkenalkan. Sebelum ini, Microsoft telah menyatakan bahawa Windows Server 2008 adalah yang terakhir untuk server 32-bit, dan Windows 7 Server bakal hanya menyokong server 64-bit sahaja. Mungkin ini adalah permulaan untuk sistem 64-bit. Distro Linux seperti Ubuntu, dan sebagainya juga sudah mula menyokong versi 64-bit tidak lama sebelum ini.


TIPS & ULASAN