Fungsi Direct3D 11 Untuk Windows 7

Fungsi Direct3D 11 Untuk Windows 7

Diterbitkan pada November 28, 2008 oleh .

Hari ini, Microsoft telah mengeluarkan salah satu produk baru DirectX-nya iaitu Direct3D 11 khas untuk Windows 7. Versi ini dikhaskan untuk para pembangun yang mana ianya masih belum dalam versi akhir lagi untuk digunakan oleh para pengguna biasa.

Menurut Microsoft, Direct3D 11 dibangunkan untuk membawakan evolusi dan kepenggunaan kepada Windows 7 yang bakal dilancarkan secara rasmi akhir tahun depan. Melalui Direct3D 11, Windows 7 bakal mendapat manfaat seperti penggunaan GPU dan multi-core processors apabila Windows 7 digunakan untuk memainkan permainan ataupun digunakan untuk menjalankan aplikasi 3D. Beberapa perkara yang disokong melalui Direct3D 11 adalah seperti;

  • Tessellation
  • Multithreaded Rendering
  • Dynamic Shader Linkage
  • Windows Advanced Rasterizer (WARP)
  • Sokongan Direct3d 10 dan Direct3D 11 pada perkakasan (hardware) Direct3D 9
  • …dan pelbagai perkara menarik yang lain.
  • Sebelum ini, Windows XP hanya menyokong sehingga versi DirectX 9, walaupun terdapat beberapa pihak yang telah membangunkan DirectX 10 untuk XP. DirectX 10 dibangunkan oleh pihak Microsoft untuk Windows Vista. DirectX 11 sedang dibangunkan, dan dijangka akan diedarkan bersama Windows 7 yang dijangka dikeluarkan pada akhir tahun depan.


    TIPS & ULASAN