Mungkin masih lagi terdapat pengguna Windows XP yang teringinkan antara muka seperti Windows Vista mahupun Windows 7 yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Dari masa kesemasa, kami akan menyediakan artikel bagaimana untuk menukar antara muka Windows XP anda lebih kepada rekabentuk Aero yang diperkenalkan Microsoft pada awal tahun yang lalu.
Perubahan Rekabentuk Partition Pada MyComputer
Untuk permulaan, kita akan memulakan dengan menukar rekabentuk di My Computer kepada lebih kurang seperti Windows Vista dan Windows 7, yang mana mempunyai bar dibawah setiap partition hard disk. Untuk merelisasikan perkara ini, Vista Drive Status boleh digunakan, yang mana datangnya secara percuma.
Anda juga boleh membuang Vista Drive Status ini jika tidak digemari dengan klik pada icon Uninstall yang didatangkan sekali bersama pemasangan percuma ini. Walaupun ianya tidak sama seperti Windows Vista atau Windows 7, tetapi, kita dapat menjadikan Windows XP kita lebih kurang sepertinya.