Microsoft Menawarkan $20 Billion Kepada Yahoo?

Microsoft Menawarkan $20 Billion Kepada Yahoo?

Diterbitkan pada November 30, 2008 oleh .

Awal pagi ini, salah satu laman telah melaporkan bahawa Microsoft telah menawarkan $20 billion untuk memiliki enjin carian Yahoo!. Perkara ini diikuti dengan beberapa laman lain yang melaporkan berkenaan perkara yang sama. Sebelum ini, terdapat beberapa perbincangan mengenai pembelian Yahoo! oleh Microsoft. Namun tawaran sebelum ini telah ditolak oleh Jerry Yang, CEO Yahoo!, yang mana baru-baru ini telah mengumumkan mengenai perletakkan jawatannya dan pencarian CEO yang baru. Selain itu, masalah ekonomi dunia juga turut membuatkan Yahoo! sendiri menawarkan diri kepada Microsoft.

Microhoo

Namun, setelah pihak Yahoo! dan Microsoft dihubungi oleh beberapa pihak, mereka berdua menyangkal laporan tersebut, dan menyatakan ianya hanyalah rekaan semata-mata dan tidak benar. Yahoo! kini dianggarkan lebih kurang berharga $16 billion disebabkan kejatuhan harga sahamnya berbanding sebelumnya yang berharga lebih $30 billion.

CEO Microsoft, Steve Ballmer telah menyatakan ketidak inginan untuk memiliki Yahoo! lagi dan menumpukan perhatian untuk membangunkan laman Live melalui Wave 3. Selain itu, beberapa sumber mengatakan bahawa Microsoft sedang menunggu sehingga Yahoo! mendapat CEO yang baru sebelum membincangkan mengenai pemilikan Yahoo!.


TIPS & ULASAN