Seven Calculator Untuk XP dan Vista

Seven Calculator Untuk XP dan Vista

Diterbitkan pada November 30, 2008 oleh .

Sehingga masa ini, mungkin ramai yang telah mendengar mengenai Windows 7 yang bakal dikeluarkan pada akhir tahun depan. Windows 7 bakal memperkenalkan beberapa perkara baru termasuk Calculator dalam rekabentuk dan antaramuka yang baru. Bagi para pengguna yang telah mencuba Windows 7, mungkin anda sudah perasan antaramukanya yang menarik. Tetapi sekiranya anda masih belum mencuba Windows 7, anda boleh mencuba Calculator yang dibangunkan khas untuk para pengguna Windows XP dan Vista.


Info Lanjut | Muat-Turun

Untuk menggunakan Calculator ini, anda perlu memastikan komputer anda terpasang dengan Microsoft .NET Framework 3.5, dan sekiranya tidak, anda akan mendapat mesej larat dan tidak boleh menjalankan aplikasi ini. Ini kerana ianya dibangunkan dengan menggunakan Visual Basic. Datangnya bersama-sama dengan aplikasi ini adalah kod sumber untuknya, yang mana anda boleh mengubah dan menambah beberapa fungsi tambahan mengikut kegemaran anda.

Ianya masih belum saya cuba di platform Vista, dan sekiranya anda menggunakan Vista, sila tinggalkan komen mengenai prestasinya di Vista. Tetapi sekiranya anda takut untuk menggunakannya pada Vista, Daily Gyan ada menyediakan satu tutorial alternatif untuk menggunakannya.


TIPS & ULASAN