Pownce Bakal Menamatkan Servisnya

Pownce Bakal Menamatkan Servisnya

Diterbitkan pada Dis 2, 2008 oleh .

Selain daripada Twitter, antara micro-blogging yang berjaya adalah Pownce. Melalui Pownce, para pengguna dapat berkongsi imej, video dan juga audio. Namun begitu, hari ini, Pownce telah dimilki oleh SixApart, syarikat mana yang membangunkan Movable Type (digunakan oleh Dr M untuk blognya), TypePad dan juga Vox. Dengan pembelian ini, mereka turut membuat pengumuman mengenai penghentian operasi mereka tidak lama lagi.


Halaman Utama Pownce

Sekiranya anda merupakan pengguna Pownce, anda boleh memuat-turun tulisan anda pada Pownce dengan mudah, dan memindahkannya kepada perkhidmatan lain seperti Vox, TypePad, mahu pun WordPress. Namun begitu, bagi pengguna pro, SixApart memberikan perkhidmatan TypePad percuma selama setahun. Mungkin ianya tidak disukai oleh pengguna yang berbayar. Mereka juga akan menghantar emel kepada para pengguna dengan maklumat lanjut mengenainya.

Pownce memulakan perkhidmatan mereka pada Jun 2007, dan hanya membuka untuk pendaftaran tanpa jemputan sejak awal tahun ini. Ketika permulaannya, Pownce merupakan platform micro-blogging yang amat popular, namun ianya tidak dapat menandingi setelah kemunculan beberapa platform lain seperti Twitter dan Jaiku. Namun begitu, SixApart menjanjikan sesuatu yang lebih baik akan dikeluarkan pada tahun 2009. Bersama-sama kita nantikan perkara tersebut.


TIPS & ULASAN