Selepas Ikon, Kini Connection

Selepas Ikon, Kini Connection

Diterbitkan pada Dis 2, 2008 oleh .

Ingat lagi mengenai Ikon.my yang dilancarkan baru-baru ini. Kini, pembangun yang sama membangunkan suatu lagi laman sosial yang diberi nama Connection. Sekali pandang rekabentuknya menyerupai Facebook, dan kegunaannya juga lebih kurang sama.


Contoh Profail Pada Connection

Laman ini telah dilancarkan pada 5 November yang lepas, dan menurut pembangun pada profailnya, laman ini masih lagi berada dalam fasa percubaan. Mungkin pihak pembangun laman ini, perlu mengubah rekabentuknya supaya tidak menyerupai sebarang laman-laman sosial yang lain. Malah, ianya akan lebih menarik sekiranya suatu laman sosial dengan topik khas diwujudkan, seperti laman sosial untuk pemilik sesuatu kereta, motorsikal dan sebagainya. Ini adalah kerana lambakan laman sosial di luar sana, dan memerlukan sesuatu yang istimewa untuk bersaing dengan mereka.

Walaubagaimanapun, laman Connection kelihatan lebih menarik berbanding dengan laman Ikon. Mungkin perlu menyediakan pilihan untuk menggunakan bahasa Melayu pada kedua-dua laman ini, kerana Friendster dan juga Facebook yang dibangunkan oleh pembangun negara luar turut menyediakan pilihan bahasa Melayu.


TIPS & ULASAN