Cari @ Amanz

Sistem operasi yang ditunggu-tunggu daripada Microsoft, Windows 7 sudah pun telah diketahui ramai bahawa ianya bakal menemui para pengguna pada akhir tahun 2009. Semalam, salah seorang pembangunnya, telah mengatakan bahawa Windows 7 Beta 1 bakal menemui para pengguna mulai 13 Januari 2009. Walaubagaimanapun, ianya adalah dikhaskan kepada para hadirin yang menyertai MSDN Developer Conference pada harga cuma $99.

Windows 7 Desktop
Desktop Windows 7

Pada MSDN Developer Conference yang bakal diadakan pada bulan ini, ianya dijangka lebih banyak info mengenai Windows 7 dan Windows Azure bakal diketahui ramai. Tidak kurang juga mungkin terdapat kebocoran Windows 7 kepada khalayak ramai sama seperti sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd