YouTube Memburukkan Video Yang Di Embed

YouTube Memburukkan Video Yang Di Embed

Diterbitkan pada Dis 4, 2008 oleh .

Mulai hari ini, YouTube telah mengubah bentuk video yang diembed pada blog atau laman web, dengan menyertakan ruangan carian pada bahagian atas video tersebut. Walaubagaimanapun, ruangan tersebut akan disorokkan apabila video dimainkan, dan muncul apabila tetikus diletakkan pada atas vide tersebut.

YouTube Embed - Anwar Ibrahim
Bentuk Pemain Video Yang Di Embed Pada Blog

Sebuah fungsi baru yang kurang menarik daripada pihak YouTube. Mungkin ianya boleh mengakibatkan ramai penulis blog tidak lagi memasukkan video daripada YouTube, tetapi mencari laman-laman alternatif untuk video. Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin membuang ruangan carian pada video yang diembed, anda hanya perlu menambah sedikit koding, dan ianya akan hilang.

Tambah kod &showsearch=0 pada kod embed, dan ruangan carian tersebut dapat dihilangkan. Untuk maklumat lanjut mengenai bentuk koding pada YouTube, anda boleh melayari halaman parameternya di Google Code.


TIPS & ULASAN