Cari @ Amanz

Update: WordPress 2.7 versi CMS akan dilepaskan selewat-lewatnya pada 10 Disember, dan mungkin lebih awal sekiranya semuanya berjalan lancar. Mulai hari ini, pengguna WordPress.com sudah dapat menggunakan WordPress 2.7. Anda masih boleh mencuba WordPress 2.7 RC1, dan kemudiannya membuat kemaskini automatik apabila versi penuh dikeluarkan kelak. Sekian.

WordPress 2.7 yang ditunggu-tunggu para penulis blog dijangka akan menemui mereka esok petang. Sebelum ini, pihak pembangunnya, Automattic telah pun mengeluarkan WordPress 2.7 Beta 1 pada awal bulan lepas dan WordPress 2.7 RC1 beberapa hari yang lalu.


Antaramuka Halaman Dashboard Pada WordPress 2.7

WordPress 2.7 bakal memperlihatkan perubahan yang drastik pada bahagian dashboard (admin) yang mana memperlihatkan susunatur, antaramuka dan rekabentuk yang baharu. Bahagian menu dibawa ke bahagian kiri berbanding pada bahagian atas sebelum ini. Anda juga boleh mengubah susunan pada bahagian dashboard dengan mudah iaitu dengan hanya drag-n-drop.

Selain itu, WordPress 2.7 juga bakal memudahkan para pengguna menaik-taraf pemasangan WordPress mereka dengan mudah, tanpa perlu memuat-turun dan naik seperti sebelumnya. Perkara ini menjadi sebuah masalah besar kepada para pengguna WordPress, kerana sering perlu mengubah pemasangan mereka kepada versi yang lebih baru. Namun ada juga beberapa pengguna yang menggunakan bantuan plugin untuk mengemaskini pemasangan mereka. Kini, ianya tidak perlu lagi.

Esok merupakan hari yang dinanti-nanti oleh para pengguna WordPress seluruh dunia, dan juga WordPress.com yang mana bakal memperlihatkan fungsi yang serupa pada laman mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd