Cari @ Amanz

Jika anda menggunakan Goolge Reader untuk mengikuti perkembangan blog-blog seantero, anda mungkin sudah perasan mengenai perubahannya. Hari ini, Google telah memperkenalkan rekabentuk baru untuk Google Reader, yang mana memperlihatkan rekabentuk yang lebih putih, dan masa loading yang lebih pantas.


Google Reader Memperkenalkan Rekabentuk Baru

Selain daripada itu, mereka juga telah mengurangkan penggunaan rounded-corner, dan lebih banyak menggunakan yang bersegi. Tambahan lagi, navigasi yang boleh dibuka dan tutup (collapsible), memudahkan pengguna untuk melihat navigasi di sebelah kiri Google Reader. Anda juga boleh menutup fungsi memperlihatkan berapa banyak artikel yang belum di baca lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd