Opera 10 Menepati Ujian Acid3

Opera 10 Menepati Ujian Acid3

Diterbitkan pada Dis 6, 2008 oleh .


Opera 10 Alpha [via]

Opera semalam telah memperkenalkan versi alpha pelayar web mereka yang bakal dikeluarkan pada tahun hadapan, iaitu Opera 10. Yang menariknya mengenai Opera 10, adalah, ianya menepati ujian Acid3 yang mana mendapatkan skor sebanyak 100/100. Opera 10 merupakan pelayar web kedua yang mendapat skor sebanyak itu selepas Safari daripada Opera. Internet Explorer dan juga Mozilla Firefox masing-masing tidak lagi mencapai prestasi tersebut. Malah, Minefield hanya mendapat 93/100. Selain daripada itu, Opera 10 juga memperkenalkan beberapa perkara baru termasuk pengenalan kemaskini automatik (tidak lagi perlu untuk muat-turun dan pasang setiap kali keluarnya versi baru), enjin Opera Presto yang baru iaitu Presto 2.2, masa loading yang lebih pantas (dikatakan 30% lebih pantas), pemeriksa ejaan, dan banyak lagi. Anda boleh mencubanya hari ini dengan memuat-turunnya secara percuma. Walaubagaimanapun, ianya masih dalam versi alpha, dan mungkin terdapat beberapa kecacatan. Versi penuh Opera 10 dijangka menemui pengguna pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN