Carian
Amanz Kini Menggunakan WordPress 2.7
December 11, 2008 Aman

Setelah ditunggu dan dinanti oleh kebanyakkan pengguna WordPress, akhirnya, pada hari ini Automattic telah pun mengeluarkan versi terbaru WordPress, iaitu WordPress 2.7 dengan nama kod Coltrane (John Coltrane). Antara perkara utama yang diubah dalam WordPress 2.7 adalah antaramuka bahagian pentadbir (dashboard) termasuk beberapa penambahan ciri-ciri terhadap CMS WordPress.

wordpress-27
Antaramuka Dashboard WordPress 2.7

Kini, setiap skrin pada halaman dashboard WordPress boleh diubah mengikut citarasa penggunanya dengan hanya klik pada Screen Options. Sebagai contoh, sekiranya anda tidak inginkan sesuatu perkara kelihatan pada skrin dashboard anda, anda hanya perlu klik pada Screen Options dan seterusnya untick pada perkara yang anda tidak inginkan, dan ianya akan hilang serta-merta dengan kemudahan teknologi AJAX. AJAX digunapakai secara meluas pada WordPress 2.7, yang mana banyak menjimatkan penggunaan bandwith, selain option sedia ada – Turbo yang menggunapakai Google Gears.

Pilihan Kemaskini WordPress Pada Dashboard
Pilihan Kemaskini WordPress Pada Dashboard

Selain daripada itu, antara perkara yang dinanti-nantikan oleh para pengguna WordPress, iaitu kemaskini secara automatik. Mungkin ini merupakan kali terakhir anda mengemaskini pemasangan WordPress anda secara manual, dan selepas ini, hanya melalui satu klik sahaja anda sudah dapat mengemaskini pemasangan WordPress anda kepada versi yang baru. Anda juga kini boleh memasang plugin kesukaan anda tanpa perlu memuat-turun, memuat-naik dan sebagainya. Anda hanya perlu memilih plugin kesukaan anda, dan seterusnya, terus memasangnya secara automatik.

Melalui WordPress 2.7 juga, memuat-naik gambar adalah lebih senang. Terdapat empat pilihan berbanding tiga pilihan sebelum ini, iaitu Small, Medium, Large dan Full Size. Dan lebih menarik, ianya tidak lagi memasukkan hyperlink kepada gambar seperti sebelumnya. Suatu perkara yang dinanti-nanti oleh saya. Cubanya hari ini dengan memuat-turunnya secara percuma atau ikuti kupasan lanjut oleh pembangun WordPress sendiri.

Komen