Google Chrome Keluar Dari Beta

Google Chrome Keluar Dari Beta

Diterbitkan pada Dis 12, 2008 oleh .

Sejak memperkenalkan Google Chrome pada awal September yang lepas, pelbagai perubahan demi perubahan yang telah dilakukan dan pelbagai perkara telah ditambah naik. Dalam masa seratus hari sahaja, mereka berjaya mencapai lebih kurang 10 juta orang pengguna diseluruh dunia. Mereka juga telah mengeluarkan lebih kurang 14 kemaskini untuk pelayar web mereka.

google_chrome_1
Google Chrome 1.0

Menariknya, hari ini, mereka telah membuang perkataan beta pada Google Chrome, dan hari ini juga mereka telah memperkenalkan versi 1.0 untuk Google Chrome. Pelbagai perkara baru juga diperkenalkan melalui Google Chrome 1.0 ini.

Kini, pengurus bookmark sudah boleh digunakan oleh kesemua pengguna, walaupun tiada akses kepada bahagian pembangun. Kini anda boleh berubah ke pelayar lain, atau berubah dari pelayar lain dengan mudah, dengan adanya fungsi import dan eksport bookmark, yang memang berguna sekali.

Selain daripada itu, Google Chrome 1.0 juga kini lebih pantas dan stabil. Melalui ujian SunSpider, ianya menunjukkan Google Chrome lebih pantas sebanyak 1.4 kali, manakala melalui ujian V8, ianya menunjukkan Google Chrome lebih pantas sebanyak 1.5 kali ganda.

Bagi yang masih belum mempunyai Google Chrome, anda boleh memuat-turunnya dengan mudah. Bagi sesiapa yang sudah mempunyainya, anda hanya perlu klik pada icon tools, dan klik pada About Google Chrome. Kemaskini akan dilakukan secara automatik.

TIPS & ULASAN