Cari @ Amanz

Hari demi hari, Google membuat pelbagai inovasi untuk menjadi media pengiklanan internet yang terbesar sekali di alam maya ini. Terbaru, mereka memperkenalkan Adsense for Domain, atau dengan mudah lebih dikenali sebagai pengiklanan untuk domain parking.

Berbeza dengan polisi sebelum ini, dimana Adsense untuk kandungan, yang mana memerlukan anda mempunyai laman yang mempunyai isi kandungan sebelum menjadi ahlinya, melalui Adsense for Domain, ianya tidak lagi diperlukan. Anda hanya memerlukan satu domain sahaja, dan anda sudah boleh menjadi ahlinya.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, Adsense for Domain ini adalah khas untuk para penduduk Utara Amerika, dan mungkin akan di perbesarkan kepada seluruh dunia dari masa ke semasa. Untuk maklumat lanjut mengenainya, anda boleh merujuk bahagian soal dan jawab mengenai Adsense for Domain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd