Cari @ Amanz

Sebelum ini, kita semua telah sedia ketahui mengenai perkara yang mana Microsoft bakal menjenamakan enjin carian mereka kepada Kumo pada tahun 2009 kelak. Namun, beberapa sumber mengatakan bahawa ianya lebih daripada enjin carian yang mana Microsoft bakal menjenamakan semula dibawah nama Kumo.

Kumo adalah salah satu perkataan Jepun yang mana membawa maksud kepada beberapa perkara seperti “awan (mungkin bermaksud lebih kepada cloud-computing)” atau “sea spider”. Microsoft dikatakan telah membuat permohonan menggunakan nama Kumo sebagai hak cipta (trademark) untuk beberapa perkara termasuk untuk hos perisian, enjin carian, telekomunikasi, pengiklanan, hiburan, pendidikan, dan sebagainya. Malah mereka juga telah mendaftarkan beberapa nama domain dengan perkataan Kumo seperti www.kumosearch.com, www.kumopics.com, www.kumowiki.com, www.kumogroups.com dan juga www.kumotravel.com.

Ini mungkin menandakan bahawa mungkin mulai tahun 2009, Microsoft bakal membuang nama Windows Live untuk perkhidmatan webnya dan menumpukan perhatian yang serius dalam menandingi Google didalam arena alam maya ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd