CSSMalaya yang mana dulunya dimulakan dengan menggunakan bbPress keluaran pembangun yang sama membangunkan WordPress telah lama menyepikan diri. Kini Bat, kembali semula dengan projek CSS Malaya. Kini, projek tersebut disambung dengan menggunakan platform Google Groups, yang mana pengguna boleh memberikan respon secara tersu melalui emel mereka, tanpa perlu login ke mana-mana tempat yang lain, dan mengikuti perkembangan setiap masa, tanpa tertinggal suatu perkara sekalipun.
CSSMalaya kini di Google Groups
Bagi yang masih tidak mengetahui mengenai CSS, ianya merupakan singkatan bagi perkataan Cascading Style Sheets. CSS kini digunakan secara meluas dalam pembangunan rekabentuk laman web. Menurut WikiPedia pula, CSS adalah Cascading Style Sheets (CSS) merupakan satu himpunan kod format sesuatu laman web. Ia boleh digunakan secara dalaman (bersama-sama dengan kod HTML dalam satu fail) atau secara luaran (fail CSS dan HTML berasingan).
Antara kelebihannya adalah sesuatu format boleh dilakukan secara berulang kali dan proses penyuntingan dapat dilakukan dengan cepat. Contohnya, katakan lah kita inginkan sesuatu jadual mempunyai petak tajuk berwarna biru dan petak biasa berwarna putih manakala tulisan menggunakan arial dan bewarna kuning. Secara manual, pasti memakan masa terutama apabila bilangan jadual yang banyak. Bayangkan kalau kita nak menukar warna teks, kita perlu ke setiap teks untuk menukarnya. Dengan CSS, kita hanya perlu tukar kod dalam CSS sahaja dan secara automatik, semua kod HTML yang menggunakan CSS turut dikemaskinikan. [via]