Permainan simulasi kehidupan yang paling popular, The Sims bakal meneruskan siri-siri permainannya dengan versi terbaru iaiatu The Sims 3. Permainan hasil ciptaan daripada pembangun permainan, EA ini dijangka menemui para pengguna pada bulan Februari 2009.
Corak permainannya lebih kurang sama dengan versi-versi sebelum ini, dimana para pemain boleh mencipta watak, mencari pekerjaan, membina personaliti, dan sebagainya. Tetapi, dalam permainan Sim akan datang ini, suatu perkara lagi akan ditambah, iaitu perkara yang anda lakukan di luar rumah juga diberi kepentingan sama seperti apa yang dilakukan oleh seseorang Sim itu di dalam rumah.
EA Games juga menjangkakan bahawa versi untuk Mac akan dikeluarkan selepas beberapa bulan versi Windows berada di pasaran. Masih tiada perkembangan untuk platform Linux.