BuddyPress Beta Sedia Di Cuba

BuddyPress Beta Sedia Di Cuba

Diterbitkan pada Dis 21, 2008 oleh .

Setelah pembangunan yang lama, versi beta untuk BuddyPress telah pun mula diedarkan kepada para pembangun laman web. Bagi yang masih tidak mengenali BuddyPress ini, ianya merupakan salah satu projek yang mana dibangunkan oleh beberapa orang pembangun yang mana turut menyumbangkan tenaga dalam pembangunan WordPress yang mana kini diguna pakai oleh ramai pengguna dan penulis blog.

BuddyPress
Antaramuka BuddyPress Dengan Tema Asas

Melalui BuddyPress, anda boleh mengubah pemasangan WordPress MU anda kepada sebuah laman sosial, dan membawakan pelbagai fungsi-fungsi menarik kepadanya. Walaubagaimanapun, untuk mula memasangnya, anda perlulah mempunyai WordPress MU sedia terpasang terlebih dahulu. Ianya didatangkan dalam dua versi, iaitu versi kombo dan juga pemasangan komponen tambahan secara berasingan. Mungkin anda boleh mencubanya pada localhost anda dan mencuba beberapa fungsi sosial pada BuddyPress.

Adakah dengan adanya BuddyPress, kini kita boleh melihat lambakan laman sosial di luar sana?


TIPS & ULASAN