Sock and Awe Di Jual Pada Harga Melebihi RM27000

Sock and Awe Di Jual Pada Harga Melebihi RM27000

Diterbitkan pada Dis 21, 2008 oleh .

Sudah seminggu sejak peristiwa Bush dibaling kasut berlaku, dan macam-macam permainan yang berasaskan Flash telah dibangunkan sejak daripada itu, yang mana berkaitan dengannya. Malah, ramai juga yang telah mencuba permainan tersebut. Salah satu laman yang dibangunkan sempena dengan peristiwa tersebut adalah Sock and Awe!.

Sama seperti yang berlaku pada realiti, melalui permainan tersebut, anda perlu membaling kasut seberapa banyak yan boleh dalam tempoh masa yang ditetapkan. Menariknya, laman ini telah berjaya dijual dalam tempoh masa 4 hari sejak ianya dilancarkan.

Sock and Awe
Jom Baling Kasut Pada Bush

Laman ini dibangunkan oleh orang sama yang mana mencipta sejarah dengan menjadi jutawan melalui internet dengan menjual iklan satu pixel pada harga satu dolar pada tahun 2006 yang lalu, yang mana laman tersebut dikenali sebagai MillionDollarHomePage.com. Masih lagi ingat, sewaktu ketika dahulu, setelah kejayaan beliau, banyak laman yang sama dan serupa konsepnya tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Kini, beliau dalam proses membangunkan laman PopJam, dan hasil daripada jualan laman Sock and Awe bakal memberi modal tambahan kepada mereka. Peristiwa Bush dibaling kasut berlaku pada hari Ahad, dan mereka membuat konsep pada hari Isnin, melancarkannya pada hari Selasa, dan seterusnya berjaya menjual laman tersebut pada hari Khamis melalui eBay pada harga $7,818 (~RM27000). Menarik bukan?


TIPS & ULASAN