Cari @ Amanz

Nampaknya seperti Microsoft enggan melepaskan Windows XP daripada ditamatkan buat selama-lamanya walaupun sudah hampir dua tahun Windows Vista diperkenalkan. Microsoft yang sebelum ini mengumumkan bahawa mereka bakal menghentikan Windows XP bersama komputer baru mulai 31 Januari 2009, hari ini telah memanjangkan lagi tempoh masanya.

Menurut Microsoft, pihak pengeluar komputer kini dibenarkan untuk memasarkan komputer bersama Windows XP sehingga tamat 2009. Ini bermakna, Windows XP akan dipasarkan secara meluas sehingga ketibaan Windows 7 pada akhir tahun ini.

Hal ini mungkin kerana Windows XP yang hanya memerlukan keperluaan hardware yang amat rendah berbanding dengan Vista. Malah XP juga banyak digunakan dalam netbook, kerana Vista tidak menyokongnya lagi. Tetapi Windows 7 dibangunkan dengan mengambil berat mengenai netbook sekali. Jadi, mungkin ianya adalah salah satu sebab kenapa Microsoft inginkan Windows XP sehingga ketibaab Windows 7. Jika tidak, mungkin sepanjang 2009, Linux akan mengambil alih sepenuhnya sistem operasi netbook.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd