Gangguan Talian Internet Seluruh Dunia

Gangguan Talian Internet Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Dis 22, 2008 oleh .

Perkhidmatan Internet Telekom Malaysia Berhad (TM) kini terganggu akibat kerosakan sirkit sistem kabel dasar laut yang menghubungkan Malaysia dan Eropah. TM berkata, kerja membaik pulih kerosakan sirkit Southeast Asia Middle Eastern and Western Europe 4 (SMW4) antara Palermo, selatan Itali dan Alexandaria, utara Kaherah sedang dijalankan dan perkhidmatan dijangka beroperasi seperti sediakala pada 31 Disember ini.

“Berikutan masalah tersebut, pelanggan perkhidmatan Internet TM akan mengalami sambungan Internet yang perlahan ketika melayari laman web yang dihoskan di Eropah,” katanya, semalam.

Katanya, sementara mereka yang menggunakan perkhidmatan Protokol Internet (IP) yang lain seperti Rangkaian Persendirian Maya (VPN) serta aplikasi perniagaan kritikal yang dihubungkan ke Eropah juga mungkin terganggu.

“Untuk mengatasi masalah berkenaan, beberapa laluan Internet sudah dialihkan ke sambungan alternatif bagi mengurangkan kesesakan,” katanya.

TM berkata, berikutan kerja membaik pulih, trafik ke Amerika Utara dijangka turut terganggu.

Pelanggan TM boleh menghubungi talian 100 dan pilih “perkhidmatan Internet” atau di [email protected] untuk membuat laporan masalah Internet mereka, katanya.

Kredit : Harian Metro


TIPS & ULASAN