Laman kesukaan ramai, Twitter hari ini memperkenalkan kembali fungsi mencari rakan di Twitter yang mana sebelum ini telah dibuang oleh mereka. Walaubagaimanapun, sehingga sekarang masih tiada tempat untuk mencari Tweet orang dan sebagainya.
Contoh Hasil Carian Nama di Twitter
Untuk mula menggunakannya, anda hanya perlu klik pada pautan Find People yang mana dulunya digunakan untuk menghantar jemputan menyertai Twitter. Hasil carian disusun mengikut berapa ramai yang mengikuti seseorang itu. Jika pengikutnya ramai, maka tinggilah kedudukan anda pada hasil carian nama di Twitter ini. Selain daripada itu, enjin carian mereka juga dilengkapi dengan teknologi untuk mencadangkan nama yang sepatutnya sekiranya anda tersalah eja dan sebagainya.