Camino 2.0 Beta Pertama Di Lancar Oleh Mozilla

Camino 2.0 Beta Pertama Di Lancar Oleh Mozilla

Diterbitkan pada Dis 24, 2008 oleh .

Bagi para pengguna Mac, mungkin anda sudah pun mengenali Camino. Camino adalah pelayar web yang dibangunkan oleh Mozilla, khas untuk pengguna Mac. Selain menyediakan beberapa fungsi yang sama dengan pelayar Mozilla yang lain seperti pantas dan selamat, Camino turut menggunakan enjin Gecko dan turut menyokong plugin tambahan sama seperti pada Firefox yang dibangunkan Mozilla.

Camino
Antaramuka Pelayar Web Camino

Hari ini, Mozilla telah pun mula memperkenalkan versi beta untuk Camino 2.0 yang mana menggunakan enjin Gecko 1.9 yang mana dibangunkan oleh Mozilla. Dengan Camino 2.0, prestasi pelayar webnya dipertingkatkan dengan membawakan masa pelayaran web yang lebih pantas daripada sebelumnya. Selain daripada itu, tab juga boleh diatur dengan hanya drag dan drop. Anda juga kini boleh menghalang aplikasi Flash pada web daripada di load. Bagi muat-turun pula, Dock akan bergegar setelah sesebuah fail siap dimuat-turun.

Anda boleh mencuba Camino 2.0 Beta ataupun menggunakan Camino 1.64 yang mana ianya lebih stabil pada Mac OS-X anda.


TIPS & ULASAN