Carian
Blizzard Mempromosi StarCraft 2 Melalui Battle Report
December 23, 2008 Aman

Blizzard mungkin antara pengeluar permainan elektronik yang popular dikalangan pemain game, kerana Blizzard mengeluarkan beberapa permainan popular seperti StarCraft, Diablo dan juga WarCraft. Kini, StarCraft 2 ditunggu-tunggu oleh para peminatnya, dan sampai kini masih belum diumumkan tarikh keluarannya yang pasti.

StarCraft 2
StarCraft 2 – Terran vs Protoss

StarCraft sendiri merupakan permainan strategi pertama yang saya main, dan dari situ saya kenal permainan berasaskan startegi. Dan tentunya StarCraft 2 bakal membawakan pelbagai perubahan yang menarik. Sebagai menghargai penantian para peminatnya, kini Blizzard dan pihak pembangun StarCraft 2 membawakan Battle Report, yang mana lebih kepada salah satu cara promosi permainan tersebut kepada para peminatnya.

Melalui Battle Report, mereka membawakan beberapa episod yang mana setiap satunya membawakan perlawanan StarCraft 2 antara pihak pembangunnya. Episod pertama memperlihatkan perlawanan antara keluarga Protoss dan juga Terran, yang mana memperlihatkan pelbagai kejutan. Mungkin masa pelancaran StarCraft 2 sudah dekat.

Komen