Apa Anda Mahu Dalam WordPress 2.8?

Diterbitkan pada Dis 25, 2008 oleh .

Selepas 14 hari mengeluarkan WordPress 2.7, kini pihak pembangun WordPress sudah mula membincangkan mengenai fungsi yang bakal disertakan dalam WordPress 2.8 yang mana bakal dikeluarkan kelak. Nampaknya seperti pengguna WordPress meningkat dari hari ke hari. WordPress 2.7 sahaja sudah mempunyai lebih kurang 610,000 muat-turun ketika artikel ini ditulis, dan angka ini masih sedang meningkat dari hari ke hari. Walaubagaimanapun, WordPress 2.8 tidak akan menyusahkan lagi para pengguna, kerana mulai WordPress 2.7, sudah terdapat fungsi pemasangan secara automatik, yang mana diminta-minta oleh para pengguna.

Kini, pihak pembangun CMS terkemuka ini sedang membuat bancian mengenai fungsi apakah yang perlu diberi perhatian dalam WordPress 2.8 kelak. Anda boleh menyertai bancian tersebut, sekaligus membantu komuniti pengguna WordPress dalam menentukan fungsi dan ciri-ciri yang bakal diperkenalkan kelak. Bancian ini akan ditamatkan pada hujung tahun ini.

TIPS & ULASAN