Cari @ Amanz

Pesaing terdekat kepada Intense Debate, Disqus hari ini telah berjaya mengintegrasi sepenuhnya Facebook Connect ke dalam aplikasi mereka. Sama seperti Intense Debate, Disqus menyediakan para pengguna dengan platform untuk komen yang mana membolehkan para pengguna meninggalkan komen menggunakan ID daripada Disqus sendiri, atau tanpa sebarang ID, dan hari ini mereka memperkenalkan fungsi meninggalkan komen menggunakan akaun Facebook.

Facebook Connect Bersama Disqus
Facebook Connect Bersama Disqus [via]

Ini mungkin amat berguna kerana terdapat beberapa laman yang menutup fungsi untuk komen tanpa sebarang ID, dan memerlukan para pengguna mendaftar dahulu dengan Disqus. Dengan Integrasi bersama Facebook, ianya mungkin akan menjimatkan lagi masa, dan tidak lagi perlu bimbang mengenai pendaftaran.

Bagi yang meninggalkan komen menggunakan akaun Facebook, avatar mereka akan memperlihatkan huruf “F”, manakala sekiranya menggunakan akaun Disqus, avatar mereka tidak akan terdapat sebarang perubahan.

Walaubagaimanapun, aMaNz masih akan setia menggunakan sistem komen yang didatangkan bersama WordPress itu sendiri, dan tidak bercadang untuk menggunakan Intense Debate ataupun Disqus pada masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd