Cari @ Amanz

Street Fighter IV merupakan antara permainan perlawanan yang ditunggu-tunggu kerana ianya merupakan judul Street Fighter yang terbaru sejak tahun 1999 yang dikeluarkan oleh Capcom. Versi arked-nya telah pun dikeluarkan di Jepun pada bulan July yang lalu, dan versi PlayStation 3, XBok 360 dan PC akan dikeluarkan pada tahun hadapan.

Street Fighter 4
Street Fighter 4 – Chun Li vs Sakura [via]

Street Fighter 4
Street Fighter 4 – Dan vs Blanka [via]

Versi peribadi, iaitu PC, PS3, dan XBox 360 bakal memperlihatkan fungsi tambahan, seperti watak tambahan yang boleh dimainkan, termasuk juga kebolehan untuk bermain secara dalam talian (online). Selain daripada itu, Street Fighet IV ini juga dijangka bakal dikeluarkan dalam versi audio berbahasa English khas untuk pemain daripada Amerika dan juga Eropah. Versi peribadi ini juga bakal menyertakan beberapa bonus tambahan seperti tambahan peringkat permainan dan juga kebolehan untuk memuat-turun peringkat tambahan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd