Cari @ Amanz

Setelah kebanyakkan syarikat pengeluar laptop mengeluarkan netbook (notebook mini) mereka sendiri, kini tiba masanya pula untuk Sony memperkenalkan netbook keluarannya. Sehingga kini, terdapat beberapa ura-ura yang mengatakan bahawa namanya kelak adalah Vaio Pocket.

Sony Vaio Pocket
Gambar Sony Vaio Pocket [via]

Pocket dikatakan bakal menjadi notebook paling kecil keluaran Sony, dengan menggunakan processor 1.33 Ghz, kemungkinan besar Intel Atom. Selain daripada itu, netbook keluaran Sony ini juga bakal menggunakan sistem operasi Windows Vista, yang mana amat jarang sekali digunakan pada netbook. Harganya masih belum ditentukan, tetapi berkemnungkinan besar, harganya adalah tinggi, sama seperti notebook Vaio yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd