Google Bakal Memasukkan Iklan Ke Dalam Friend Connect

Google Bakal Memasukkan Iklan Ke Dalam Friend Connect

Diterbitkan pada Dis 27, 2008 oleh .

Nampaknya Google bukan sahaja mengenalkan Google Friend Connect untuk membolehkan para pengunjung dan pembaca sesuatu blog atau laman web itu bersosial, tetapi lebih daripada itu. Michael Arrington semalam menulis pada blognya bahawa kini Google dalam perancangan untuk menjana wang melalui aplikasi Friend Connect yang dilancarkannya baru-baru ini.

FriendConnect
Ahli-ahli FriendConnect di laman aMaNz

Menurutnya, tidak lama lagi, akan terdapat pilihan baru pada Friend Connect yang mana membolehkan kita menambah iklan padanya, seperti Adsense, dan menjana wang daripadanya. Nampaknya, Google melihat dari pelbagai aspek untuk menjana wang yang semaksimum boleh melalui internet.


TIPS & ULASAN