Carian
ISO Windows 7 Beta Di Laman Torrent
December 28, 2008 Aman

Walaupun sebelum ini dikatakan bahawa Windows 7 Beta akan mula diedarkan mulai bulan Januari, kini, ianya telah pun bocor, dan terdapat di beberapa laman torrent sama seperti yang berlaku dahulu ketika pengeluaran Windows 7 Pre-Beta.

Windows 7 Beta - Dekstop
Windows 7 Beta – Antaramuka Desktop [via]

Windows 7 Beta - Media Center
Windows 7 Beta – Media Center [via]

Tiada sebarang perubahan drastik yang dilakukan daripada Windows 7 Pre-Beta sebelum ini. Setakat ini, yang dikenal pasti, hanya peningkatan prestasi yang lebih baik, dan kegunaan memori yang lebih efisyen. Anda boleh melihat pandangan Windows 7 Beta yang lebih dekat pada laman SuperSite.

P.S: Apakah maksud disebalik Ikan Gapi yang digunakan sebagai ikon wallpaper rasmi Windows 7 Beta ini?

Komen