Adobe Reader 9 Di Keluarkan

Adobe Reader 9 Di Keluarkan

Diterbitkan pada July 8, 2008 oleh .

Setelah memperkenalkan Acrobat 9 beberapa minggu sebelum ini, kini ianya telah melancarkan Adobe Reader 9. Adobe Reader 9 adalah salah satu perisian yang dapat membaca fail-fail berformat PDF selain daripada Fox-It Reader.

Jikalau Acrobat 9 mempunyai kebolehan untuk memasukkan fail berformat flash kedalam fail PDF, Reader 9 pula telah dinaik taraf untuk membolehkannya ianya membaca fail-fail interaktif seperti flash. Mungkin tidak lama lagi, beberapa ebook akan memasukkan fail berformat flash didalamnya.

Selain daripada itu, Reader 9 juga dimasukkan dengan fungsi FIND sama seperti di dalam NotePad dan juga Mozilla. Para pengguna kini boleh membuat carian secara terus pada fail PDF ketika menggunakan Reader 9.

Kedudukan tab Find pada Adobe Reader 9
Kedudukan tab Find pada Adobe Reader 9

Selain daripada itu, kini para pengguna boleh mengisi borang berbentuk PDF secara online ataupun offline dan menghantarnya terus hanya melalui Reader 9. Anda kini tidak lagi perlu untuk menghantarnya sebagai fail sampingan (attachment) melalui emel anda.

Acrobat.comDari Reader 9, anda boleh terus ke Acrobat.com dimana disana anda boleh membuat sehingga 5 fail PDF secara percuma, dan berkongsi bersama rakan, ataupun berkongsi skrin anda bersama rakan melalui Adobe ConnectNow.

Malah pelbagai lagi perkara-perkara menarik yang telah dinaik-taraf dalam Reader 9. Muat-turun Reader 9 anda secara percuma hari ini.


TIPS & ULASAN