Ingat lagi dengan projek daripada Muxlim yang mana mereka bercadang untuk memperkenalkan dunia maya yang bercirikan Islam? Projek ini telah diberikan nama Muxlim Pal, dan kini ianya dalam peringkat beta.
Antaramuka Permainan Muxlim Pal
Sekiranya anda mempunyai akaun di Muxlim, anda secara automatik akan mendapat satu watak yang dipanggil Pal, beserta dengan sedikit duit untuk memulakan pengembaraan anda di dunia maya tersebut. Anda juga boleh membina personaliti sendiri dengan memilih cara berpakaian dan rupa karakter anda di Muxlim Pal.
Dunia Maya Muxlim Pal
Sama seperti permainan dunia maya yang lain, Muxlim Pal turut membolehkan anda membeli hadiah kepada rakan anda, atau membeli barangan untuk anda sendiri. Disamping itu, anda juga boleh mengubah dekorasi bilik anda dengan gaya kesukaan anda, dan membeli aksesori tambahan dengan duit dunia maya yang diberikan dan terdapat pada Muxlim Pal.
Watak Yang Di Kawal Di Dalam Bilik
Untuk mula bermain dalam dunia maya ini, anda hanya memerlukan akaun Muxlim yang mana ianya adalah percuma. Kini ianya masih dalam peringkat beta, dan mungkin memerlukan sedikit masa untuk mengeluarkan versi penuh mereka. Sebelum ini, Google juga telah mencuba untuk memasuki arena dunia maya, tetapi mengumumkan pengunduran diri mereka selepas beberapa bulan melancarkannya.