Cari @ Amanz

Setelah kejayaan daripada projek animasi Upin dan Ipin, serta filem Geng The Movie yang mana bakal ditayangkan pada 12 Februari 2009, Les Copaque memeriahkan lagi industri CGI Malaysia dengan animasi pesanan khidmat masyarakat – INGAT!.

INGAT - Les Copaque

INGAT adalah projek kerjasama antara Les Copaque bersama-sama dengan RTM, dimana melaluinya mereka mempersembahkan pesanan khidmat masyarakat dengan cara yang agak interaktif.

Berbeza dengan halaman Upin dan Ipin, laman Ingat tidak lagi menggunakan khidmat YouTube unuk mengehos fail-fail video mereka. Namun mungkin ianya tidak akan mengambil masa yang lama untuk ianya timbul dilaman-laman video seperti YouTube. Selain itu, suara watak utama pada animasi INGAT adalah mirip kepada suara watak Upin dan Ipin. Mungkin Les Copaque menggunakan khidmat adik Nur Fathiah sebagai suara latar untuk watak utama animasi INGAT.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd